Thursday, November 3, 2011

PANAS !!! : AHLI PARLIMEN UMNO DITUDUH TERIMA RASUAH SETENGAH JUTA?

Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

TIDAK siapa menyangka Ahli Parlimen Silam yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Duta Keamanan PBB’ yang kini berstatus ‘DR’ Haji Salleh Kalbi didakwa telah menerima rasuah RM500,000, tidak termasuk sebuah kereta Honda Accord daripada kontraktor IGM Enterprise sebagai imbalan kerana berjanji untuk melobi tiga projek jalan raya di parlimen Silam

“Fang Choi Ming ada menghubungi saya mengadu bahawa Salleh enggan mengembalikan kereta Honda Accord yang digunakan isterinya dan wang RM500,000 yang telah diambilnya kerana bimbang Salleh akan mengganggu perniagaan beliau dan meminta saya melaporkan isu ini kepada SPRM,” kata Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Citra Masadi yang juga seorang kontraktor dan pernah diganggu Salleh kerana enggan memberikan rasuah.

Menurut Citra, Fang memberitahu beliau, Salleh tidak bersungguh-sungguh membantunya dan sering mengelak setiap kali cuba ditemui.

Sehubungan itu, Citra telah membuat laporan polis di Balai Polis Tawau melalui laporan yang bernombor KNK/RPT/2447/2011 yang isi kandungannya seperti berikut;

“PADA lebih kurang jam 7.45 malam, saya datang ke balai polis untuk membuat laporan ke atas Ahli Parlimen Silam, YB Haji Salleh Kalbi kerana telah menggunakan lambang jata persekutuan yang dikhaskan untuk Ahli Parlimen sahaja; malangnya lambang tersebut juga boleh digunapakai oleh kenderaan milik IGM Enterprise Sdn.Bhd seperti yang disiarkan dalam portal sabahkini.net dan saya juga difahamkan IGM Enterprise Sdn.Bhd telah merasuah YB Salleh Kalbi sebanyak RM500,000 beserta sebuah Honda Accord untuk mendapatkan projek membina Jalan Ulu Teburi, Jalan Putatan Baru dan Jalan Opak-Mensuli. Bagaimanapun IGM Enterprise Sdn.Bhd telah gagal mendapatkan projek tersebut dan pihak IGM Enterprise Sdn.Bhd telah memaklumkan kepada saya bahawa mereka takut membuat laporan polis kerana YB Salleh Kalbi mempunyai kuasa di Lahad Datu. Tujuan laporan ini dibuat agar pihak SPRM menjalankan siasatan serta mengambil tindakan ke atas YB Salleh Kalbi. Sekian laporan saya.”

Dalam pada itu, Salleh Kalbi yang dihubungi enggan menjawab panggilan telefon sekalipun telah dihubungi beberapa kali./sabahkini.net

No comments: