MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN KE MAKKAH

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN KE MAKKAH
NAMA: Mohd Azri b.Mohd Sanusi. No I/C :870227-06-5175. Akaun MayBank:106071080146. Bank Islam:06019020744589. No Tel: 019-900 2159.Beliau akan bertolak ke Makkah pada 20 Ogos 2009.

Saturday, July 4, 2009

DI SEKITAR IHTIFAL PUSAT PENDIDIKAN ISLAM AN-NUUR KE -13

ADIK MOHAMMAD FATEH BERASAL DARI JOHOR SEDANG MENGALUNKAN
BACAAN AYAT AL-QURAN

PELAJAR-PELAJAR ANIS SEDANG MENYAMPAIKAN NASYID
DI MAJLIS IHTIFAL AN-NUUR KE -13
IBU BAPA YANG HADIR DI MAJLIS PERASMIAN IHTIFAL
UST MOKHTAR DAN UST ROSLI ABDUL JABBAR (YDP PAS KAWASAN KUANTAN)
DI MAJLIS PERASMIAN
NASYID DARI KUMPULAN SHOUTUN NUUR
UST MEGAT ABDUL WAHID,DARI PUSAT PENGAJIAN TAMAN ISLAM
KEMAMAN TURUT HADIR KE MAJLI PERASMIAN IHTIFAL.BELIAU MEWAKILI
AL-FADHIL UST HJ ZAWAWI ABDULLAH SEBAGAI TOKOH ULAMA' AN-NUUR
TAHUN 2009 UST ROSLI ABDUL JABBAR SEDANG MENYAMPAIKAN UCAPAN
PERASMIANNYA
GERAI AN-NUUR YANG MENDAPAT SAMBUTAN
MEMBANGGAKAN
UST SUHAIMI MD SAAD ( KETUA DPP PAHANG ) BERSAMA KELUARGA
TURUT HADIR DI JAMUAN TAHUNAN AN-NUUR
PERUBATAN ISLAM DARI DARUL SALAM, GOMBAK TURUT DIADAKAN
DI HARI IHTIFAL
PARA HADIRIN SEDANG MENJAMU SELERA
POK YAS, DARI NERAM KEMAMAN TURUT HADIR. DI MANA ADA MAJLIS HIMPUNAN
DAN IJTIMA' DI SITULAH ADA POK YAS.
YB CHE ABDULLAH (ADUN WAKAF BHARU), DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN
(NAIB PRESIDEN PAS PUSAT) DAN UST MOKHTAR DI PENTAS


MASING-MASING MENGULAS ISU YANG SEDANG BERLAKU

Wednesday, July 1, 2009

IHTIFAL AN-NUUR KE 13

An-Nuur akan berihtifal kali yang ke 13 pada 11.Rejab.1430 bersamaan 4.July.2009 nanti. Program akan diresmikan oleh Ustaz Rosli Abdul Jabbar YDP Pas Kawasan Kuantan merangkap Pengerusi Maahad Tahfiz Darul Fikri.Agenda program seperti berikut;

9.30 pagi : Perhimpunan Ibu/BapaBacaan Al-Quraan oleh pelajar Akademi Tahfiz An-NuurPersembahan Nasyid oleh kumpulan Soutul Nuur.

PerasmianPenyampaian Hadiah dan Penghargaan.

11.00 Pagi: Jamuan Pamiran An-Nuur & Aktiviti Ekonomi An-Nuur.
Rawatan Islam oleh persatuan Perubatan Darul Salam Gombak

9.30 Malam:Persembahan Nashyid oleh Pelajar An-Nuur Ceramah Umum oleh;

1. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ( Naib Presiden Pas)
2. YB Sdr Che Abdullah Mat Nawi ( Exco Kerajaan Kelantan)

Menurut pengarah sambutan ,Ustaz Fadli Ibrahim, program kali ini diadakan selain daripada sebagai acara tahunan taqwim An-Nuur ia juga bertujuan mengumpul dana pembangunan Asrama Pelajar dan Bangunan pentadbiran dan kelas ANIS ( An-Nuur Islamic PreSchool). Sahabat-sahabat, Muslimin dan Muslimat dijemput hadir ke Majlis ini. Mudah-mudahan segala sumbangan dan sokongan Tuan/Puan dimakbulkan oleh Allah.

Sunday, June 28, 2009

TUANGURU MAT SEDAWA (BUKIT AJYAD) MEKKAH MENINGGAL DUNIA...DUNIA HAMPIR PENGHUJUNGNYA.

Seorang ulama besar Patani yg dikenali dengan Tuan Guru Mat Sedawa atau Baba Mat Sedawa telah kembali ke Rahmatullah pada malam tadi iaitu malam Jumaat, 4 Rejab 1430 Hijrah bersamaan 26 Jun 2009. Baba Mat Sedawa merupakan tenaga pengajar di atas Jabal Ajyad berdekatan dengan Masjidil Haram. Kebanyakan pelajar yg pernah belajar di Bukit Ajyad, Mekah sudah tentu mengenali beliau.

Baba Mat Sedawa rahimahullah (kiri) dan Baba Sin Surat rahimahullah (kanan). Kredit untuk bishrulhafi.blogspot.com

Sumber dari Mekah melaporkan beliau meninggal dalam keadaan yg amat baik. Bahkan pada pagi hari Khamis, beliau masih lagi mengajar dan menyampaikan ilmu kepada pelajar-pelajarnya.

Jenazah mulia Baba Mat Sedawa telah disolatkan selepas solat Jumaat tadi. Betapa beruntungnya beliau. Sesungguhnya Allah telah memilih beliau untuk kembali menemuiNya di tempat yg mulia iaitu di Tanah Suci Mekah, pada malam Jumaat yg mulia dan pada bulan Rejab yg mulia iaitu salah satu daripada 4 bulan haram.Kita doakan agar Allah mencucuri rahmat ke atas ruh beliau. Mudah-mudahan ruh beliau ditempatkan bersama para anbiya' dan syuhada'. . Amiiinnn...

Al-Fatihah!
Dari kanan, Baba Sin Surat rahimahullah, Baba Mat Sedawa rahimahullah dan Baba Soh Paku hafizohullah (semoga Allah memanjangkan umurnya)Baru-baru ini kita telah dikejutkan oleh pemergian Baba Sin Surat rahimahullah, ulama besar dari Patani yg juga mengajar di Bukit Ajyad. Biodata Baba Sin boleh dibaca di sini. Begitu juga dengan pemergian seorang tokoh gerakan Islam, Syeikh Fathi Yakan rahimahullah. Satu demi satu ruh para ulama dicabut oleh Allah sebagai tanda Allah ingin mencabut ilmu daripada masyarakat.p/s: Berita kematian ini telah disahkan oleh Ustaz Sufian, pelajar Malaysia di Bukit Ajyad, Mekah. Sumber dari( www.lamanulama.blogspot.com )

KEPIMPINAN PEMUDA PAS NEGERI PAHANG SESI 2009 - 2011


UST SUHAIMI MD SAAD
(KETUA PEMUDA)
KETUA LAJNAH POLITIK & PILIHANRAYA

UST SHAHRIL AZMAN ABDUL HALIM
(TIMB. KETUA)
LAJNAH KEBAJIKAN

ABDULLAH KARIM
(NAIB KETUA)
PENGARAH JABATAN UNDANG-UNDANG &
HAK ASASI MANUSIA

UST JUNAIDI ISHAK
(SETIAUSAHA)

MASLAN ARDI ABU SAMAH
(PENOLONG SETIAUSAHA 1)

UST ROSLAN KASSIM
(PENOLONG SETIAUSAHA 2)

UST TARMIZI YAHYA
(PENOLONG SETIAUSAHA 3)

JOHARI ABDUL WAHID
(BENDAHARI)

FADHLI MOHD RAMLY
(KETUA PENERANGAN)

UST AZMIL SAIFUDDIN
(KETUA LAJNAH TARBIYYAH)

UST FADHLI IBRAHIM
(KETUA LAJNAH PENERANGAN)

MASLIZI DESA
(KETUA LAJNAH PERPADAUAN ANTARA KAUM)

MUTACOHIRI LUDIN
( PENGARAH DACK)

UST SHARUDDIN MUHAMMAD
(JABATAN AMAL)

UST FADHIL NOR ABDUL KARIM
(KETUA LAJNAH PENEROKA, PETANI &NELAYAN)

AHLI JAWATANKUASA:
UST NAZRI AHMAD (ROMPIN)
AKMAL ALIASAK (PAYA BESAR)
UST JAUHARI ISHAK(TEMERLOH)
KHAIRUL FATAH A’LA(BENTONG)
UST KAMARUL SHUIB (BERA)
YUSRI ISMAIL (INDERA MAHKOTA)
MOHD KHAIRY ABDULLAH (KUALA KRAU)
AHMAD BADRI DAUD (TEMERLOH)
SHAHRUL MUHAMMAD (BERA)

Saturday, June 27, 2009

SAF KEPIMPINAN DEWAN ULAMA' PAS PAHANG SESSI 2009-2011

DEWAN HARIAN ULAMA' PAS NEGERI PAHANG :
UST ABU KASIM MANAF
UST MOKHTAR SENIK
UST NAFIRI AHMAD TOAZI
UST NAJMI ABDUL RAHIM
UST JAUHARI ISHAK

LAJNAH-LAJNAH :
UST HJ ABU KASIM MANAF(KETUA)
LAJNAH POLITIK & PILIHANRAYA

UST MOKHTAR SENIK (TIMBALAN)
KETUA LAJNAH TARBIYYAH

UST NAFIRI AHMAD TOAZI
KETUA LAJNAH PENERANGAN & DAKWAH

UST NAJMI ABDUL RAHIM
SETIAUSAHA

UST ZAKARIA OMAR
PENOLONG SETIAUSAHA

UST JAUHARI ISHAK
BENDAHARI /KETUA LAJNAH EKONOMI

UST GHALIB HITAM
KETUA LAJNAH ULAMA’MUDA

UST ZAKARIA DHE
KETUA LAJNAH KEBAJIKAN

UST FADHLI IBRAHIM
KETUA LAJNAH I.C.T

AHLI JAWATANKUASA
UST AHMAD BADAWI ABDULLAH,UST KHAIRUL AZMI ISMAIL,UST SUKRI HJ AHMAD
UST ZAKARIA KHAMIS,SDR YUSLIDDY MUSA.

AHLI JAWATANKUASA TAMBAHAN:
UST CHE ZUHAR CHE HARUN, UST HOD ABDUL RAHMAN,UST YUSUF SULONG, UST MUSTAFFA YUSUF, UST KARIM NOOR DAN UST ZURAIDIN MD DARUS

Thursday, June 25, 2009

APABILA TOK GURU NIK AZIZ SAMAKAN UMNO DENGAN KOMUNIS


Pemuda Umno Kelantan membuat aduan polis berhubung satu kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis.Kenyataannya, yang juga mursyidul am PAS, didakwa berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat, lapor Bernama.

Saya menyokong penuh dengan apa yang dinyatakan oleh YAB Tuanguru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan itu, kerana Umno dan Komunis kedua-duanya sesat tidak diterima oleh Allah SWT.Ini kerana YAB Tuanguru melihat melalui kacamata Al-Quran itu sendiri.

Walau bagaimana pun kepimpinan pemuda Umno Kelantan melihat kenyataan Tuanguru ini dari sudut logik akal semata-mata.Sebab itulah pemuda Umno melontarkan pertanyaan didalam Malaysiakini.com “Berapa ramaikah yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno sejak penubuhannya.”Apabila dikaitkan dengan komunis,maka mereka nampak keganasan jenayah bunuh dan rogol sahaja.

Apa yang dimaksudkan oleh Tuanguru ialah sesat dari kacamata Al-Quran sebagaimana firmannya :
ومن يبتغ غير الإسلم دينا فلن يقبل منه وهو فى الأخرة من الخاسرين
Maksudnya : Dan sesiapa yang mencari selain daripada islam sebagai cara hidupnya maka ia tidak diterima dan diakhirat kelak dia termasuk dikalangan orang-orang yang rugi.( Ali-Imran 85 )

Firman Allah SWT:
وما كان لمؤمن ولا مؤمنة إذا قضى الله ورسوله أن يكون لهم الخيرة
من أمرهم ومن يعص الله ورسوله فقد ضل ضللا مبينا
Maksudnya: Dan tidaklah harus bagi orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa Yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang jelas nyata.(Al-Ahzab 36)

Ayat yang pertama Allah menyatakan orang yang mencari selain dari islam,samada komunis, secular dan apa-apa sahaja fahaman maka ia tidak diterima oleh Allah SWT termasuk Umno yang menganuti ajaran secular juga tidak diterima oleh Allah.

Ayat yang kedua Allah nyatakan bahawa orang yang memilih sesuatu perkara tidak berdasarkan kehendak Allah dan rasul, mereka adalah orang-orang sesat.Jadi,komunis cara hidupnya berlainan dengan cara hidup Al-quran,maka fahaman itu sesat.

manakala Umno pulak masih lagi tidak mengharamkan apa yang Allah haramkan seperti judi dan kilang arak masih wujud di Negara kita, sedangkan mereka mempunyai kuasa mentadbir Negara ini. Ini bermakna mereka ada cara tersendiri untuk memerintah selain dari cara yang Allah gariskan maka cara ini adalah sesat.Oleh itu tepatlah apa yang Tokguru sebut bahawa UMNO sama dengan Komunis

Wednesday, June 24, 2009

H1N1 DAN MASYARAKAT BABI - SIRI 1


Malaysiakini.com melaporkan bahawa setakat ini 80 kes H1N1 telah merebak ke Negara kita.Virus ini juga disebut sebagai selsema babi.Tidakkah saudara-saudara sekelian terfikir kemanakah virus ini akan melanda? Jawabnya virus ini akan melanda ke Negara yang mempunyai masyarakat babi.Kerana masyarakat yang beriman akan dilimpahkan keberkatan kepada mereka.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MASYARAKAT BABI ?
Firman Allah SWT:
قل هل أنبئكم بشرٍّ من ذلك مثوبة عند الله من لّعنه الله وغضب عليه وجعل منهم القردة
والخنازير وعبد الطغوت أولئك شرّ مكانا وأضلّ عن سواء السبيل
Maksudnya: Katakanlah: "Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu tentang Yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada Yang demikian itu? ialah orang-orang Yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang Yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. mereka Inilah Yang lebih buruk kedudukannya dan Yang lebih sesat dari jalan Yang betul".( Al-Ma’idah 60 ).

PANDANGAN ULAMA’ ULAMA’ TAFSIR TENTANG AYAT INI.

1. Sheikh Dr Wahbah Az-Zuhaily

Ayat ini diturunkan disebabkan sikap golongan yahudi di Madinah yang mempersenda-sendakan orang-orang islam, semata-mata kerana mereka beriman kepada Allah dan rasulnya dan juga rasul-rasul sebelumnya.Mereka menganggap agama islam adalah agama yang jahat.

Allah SWT menempelak golongan yahudi ini dengan mengemukakan kisah masyarakat yahudi dizaman silam,yang telah dilaknat dan dimurkai oleh Allah SWT, kerana masyarakat mereka sebenarnya adalah masyarakat yang jahat.Bukan sahaja Allah SWT menukar kejadian mereka menjadi babi dan kera malah menjadikan sebahagian dari mereka menyembah taghut iaitu sesuatu yang lain daripada Allah SWT.

2. Dr Muhammad Mahmud Hijazi

Ketika mentafsirkan ayat 60 dari surah Al-Maidah, Dr Mahmud menjelaskan orang-orang yahudi suka mengejek-ngejek agama islam dengan menganggap agama islam agama yang buruk.Al-Quran menjelaskan akibat yang dialami oleh masyarakat yahudi terdahulu.Ada diantara mereka yang ditukar menjadi kera dan babi.Mereka ini sebenarnya lebih buruk dan lebih menyeleweng dari jalan yang benar.

3. Imam Fakhrur Razi

Ketika mengulas ayat 60 dari surah Al-Maidah, Imam Fakhrur Razi menjelaskan Allah menerangkan beberapa sifat golongan yahudi.Mereka dilaknat oleh Allah SWT dan dimurkai olehnya. Allah juga menjadikan mereka kera-kera dan babi-babi dan menyembah taghut.

Ahli tafsir menyatakan yang menjadi kera ialah golongan yang menangkap ikan pada hari sabtu, manakala yang menjadi babi pula ialah golongan kufur kepada Nabi Allah Isa A.s setelah mereka memperolehi hidangan daripada langit. Diriwayatkan juga golongan yang menangkap ikan pada hari sabtu diubah kepada dua rupa bentuk.Pertama dalam bentuk kera bagi remaja dan rupa bentuk babi bagi golongan tua.

4. Imam Al-Buruswi

Penduduk Bandar Ailah yang berjumlah lebih 70,000 orang berpecah menjadi 3 golongan.Satu golongan mengambil sikap tidak melibatkan diri dengan golongan yang melanggar perintah Allah itu, malah mereka melarang golongan tersebut dari menangkap ikan pada hari sabtu.

Golongan kedua mengambil sikap tidak melibatkan diri dan tidak pula mencegah golongan lain berbuat demikian.Manakala golongan yang ketiga melanggar secara terang-terangan larangan menangkap ikan pada hari sabtu.Golongan yang menegah berjumlah 12,000 orang.

Oleh kerana golongan yang ketiga tidak mendengar dan mematuhi larangan golongan yang pertama, Allah SWT menukar mereka serta merta menjadi kera yang hina dina.

Nabi Daud A.s melaknat mereka,manakala Allah SWT memurkai mereka kerana sikap mereka yang berterusan melakukan maksiat.Kesemua golongan yang durhaka itu bertukar bentuk menjadi binatang pada satu malam sahaja.Apabila keesokan harinya golongan yang menegah meninjau ke kawasan golongan yang menderhaka, tiba-tiba mereka dapati para remaja mereka telah menjadi kera manakala orang-orang tua mereka pula menjadi babi dengan ekor-ekor masing-masing melibas ke sana dan ke mari.

Kera-kera tadi mengenal keturunan mereka dari kalangan manusia,tetapi manusia tidak dapat mengenali mereka.Kera-kera itu mendekati keturunan mereka daripada kalangan manusia,sambil mencium pakaian mereka dan menangis.Apabila dikatakan kepada mereka “Bukankah kami telah melarang kamu dahulu dari menangkap ikan-ikan itu?”Binatang-binatang itu menganggukkan kepala, sambil air mata mereka mengalir ke pipi.

Ini menunjukkan walau rupa bentuk mereka berubah, namun mereka masih mempunyai daya kefahaman dan akal fikiran.Seterusnya Imam Sheikh Al-Buruswi menjelaskan bala ini adalah sebagai balasan keatas orang-orang yang tidak tahu menilai kebenaran dan ihsan ilahi kepadanya dan juga balasan orang yang mengkufuri nikmatnya.

Babi merupakan binatang yang suka memakan benda-benda kotor, kerana itu orang-orang yang suka memakan benda-benda kotor menurut kacamata syarak, akan bertukar hatinya menjadi hati yang kotor seperti hati babi juga.

BERSAMBUNG....